Monday, 20 May 2024

Prof Madya Ts. Dr. Roslan teruja disenarai 21 Ahli Astronomi Malaysia

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Minat yang mendalam terhadap dalam dunia astronomi sejak di bangku sekolah membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai Ahli Astronomi Malaysia.

Prof Madya Ts. Dr. Roslan Umar, 41, yang kini bertugas di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) begitu teruja apabila tersenarai sebagai 21 ahli astronomi Malaysia yang berdaftar dengan Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) oleh MOSTI

 “Alhamdulillah, saya bersyukur dan begitu gembira atas penghargaan ini dan tidak menyangka dapat tersenarai sebagai ahli Astronomi Malaysia bersama 20 yang lain”

“Saya terlibat dalam bidang astronomi ini selama 19 tahun dengan awal penglibatan, saya praktikal di Balai Cerap, Planetarium Negara pada tahun 2002”

“Sejak dari itu saya banyak terlibat dengan inovasi dan menerima pelbagai Anugerah inovasi dari dalam dan luar negara” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, selain aktif dalam penyelidikan astronomi dan mengetuai pelbagai projek penyelidikan  dari dalam dan luar negara, beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya Kebangsaan Negeri Terengganu sejak 2005-2010 dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan dan Takwim Negeri Terengganu 2005-2010.

“Saya dari zaman persekolahan lagi memang minat dengan bidang Astronomi, jadi saya menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda dalam bidang Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002 dan Sarjana Sains Fizik di universiti yang sama pada tahun 2006”

“Selepas itu saya menyambung pengajian di peringkat  Doktor Falsafah dalam bidang Fizik (Astronomi) pada tahun 2014 di Universiti Malaya (UM),” katanya yang juga anak kelahiran Kampung Padang Jambu, Dungun.

Beliau yang pakar dalam Astronomi Radio, Gangguan Frekuensi Radio,  Keelektromagnetan Bumi-Angkasa dan Astronomi  Islam itu memulakan tugas di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan kini dikenali sebagai UniSZA pada Oktober 2005 serta dilantik sebagai Ketua Unit Falak bermula tahun 2005 sehingga 2010.

Selain bertugas sebagai pensyarah kanan dalam bidang astronomi (Falak) di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) UniSZA, beliau juga dilantik sebagai Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) UniSZA.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara