Monday, 20 May 2024

Isteri Sebak Terima Ijazah Sarjana Arwah Suami

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KUALA NERUS - Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Allahyarham Mohd Huzir Mohamed yang meninggal dunia di rumahnya akibat serangan jantung pada Ogos tahun lalu, menerima Ijazah Sarjana di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-12 UniSZA, di sini, hari ini.

Suasana syahdu menyelubungi sesi terakhir majlis konvokesyen itu apabila isteri Mohd Huzir, Nor Hidayu Abd Wahan, 30, naik ke pentas menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan bagi pihak suaminya yang disampaikan oleh Pro-Canselor UniSZA, Tan Sri Dato’ Prof. Dr. Mohd Yusoff Hj Md Nor.

Nor Hidayu ketika ditemui berkata, sebelum kejadian arwah Huzir berada di rumah dan rakan suaminya memaklumkan kepadanya bahawa tidak dapat menghubungi Huzir.

Katanya, selepas itu beliau terus pulang ke rumah dari tempat kerja dan mendapati suaminya telah pun pengsan dan tidak sedarkan diri.

“Meskipun beliau tidak ada pada hari ini, saya redha dengan pemergiannya dan merasa bangga kerana arwah dapat menamatkan ijazah sarjana yang memang impian dia selepas kami kahwin”

“Arwah juga berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat PhD sebelum umur 40 tahun tapi apakan daya dia pergi dulu,” katanya yang kini bekerja sebagai Pembantu Optemetrist di bandar Kuala Terengganu.

Menurut Hidayu lagi, tarikh suaminya meninggal adalah hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga dan mereka sudah merancang untuk menyambutnya di rumah keluarga.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara