Thursday, 09 May 2024

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham, Datuk Zulkarnain dilantik CEO@Faculty UniSZA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kuala Nerus: Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope telah dilantik sebagai ahli CEO@Faculty Programme 1.0: Learn From the Pros, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkuat kuasa pada 1 Februari 2022 sehingga 31 Januari 2024.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr Fadzli Adam, berkata CEO@Faculty Programme adalah salah satu inisiatif yang menyokong aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 dalam menghasilkan graduan holisitk, berciri keusahawanan dan seimbang melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kepakaran antara akademi dan industri.

“UniSZA yakin kedua mereka dapat membantu melonjakkan pengajian tinggi negara ke tahap yang lebih tinggi dengan kepakaran dan pengalaman mereka”

“Selain itu, mereka juga dapat menjadi pencetus kepada lebih ramai lagi tokoh-tokoh industri untuk melibatkan diri dalam program ini”, katanya.

Menurut Fadzli, CEO@Faculty yang dilantik  perlu menyumbang masa antara 20 hingga 30 jam dalam tempoh dua tahun pelantikan kepada pelajar, pensyarah serta kakitangan akademik.

“Antara bentuk sumbangan seperti syarahan, perkongisan ilmu, kajian kes, melaksanakan seminar dan forum, membantu universiti dalam penyelidikan dan inovasi serta menerima lawatan sambil belajar berasaskan kepakaran bidang masing-masing”

“Mereka juga boleh mewakilkan mana-mana pegawai lain dari syarikat beliau untuk melaksanakan perkara-perkara yang berkenaan”, katanya dalam satu kenyataan.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara