Thursday, 09 May 2024

2,286 pelajar baharu daftar di UniSZA

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

Kuala Nerus; Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima kemasukan 2,286 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2023/2024, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 699 adalah pelajar lelaki, dan 1,587 adalah pelajar perempuan yang membabitkan ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak, kampus Besut dan Kampus Perubatan.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam, berkata kemasukan pelajar ke kampus hari ini adalah dilakukan serentak di kedua-dua buah kampus iaitu Gong Badak dan Besut.

Katanya, semua pelajar baharu itu akan mengikuti pengajian masing-masing dalam 42 program pengajian Ijazah Sarjana Muda di sebelas fakulti.

"Pelajar baharu ini akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini”

“Seluruh warga kerja UniSZA sudah membuat persiapan rapi bagi melancarkan urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu," katanya ketika ditemui beramah mesra bersama pelajar dan ibu bapa pada Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2023/2034 di Perkarangan Foyer Asrama.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak, Pendaftar, Encik Muzafar Mohd Din dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany

Beliau turut menzahirkan perasaan bangga dan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menyambung pengajian serta menjadi sebahagian warga UniSZA.
 
“Saya berharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan segala peluang pembelajaran dan kemudahan yang ada tiga kampus UniSZA ini” katanya ketika ditemui.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara